KUALA LUMPUR: Pertembungan antara KL Thunder dan Putrajaya menyaksikan satu perlawanan yang tidak dapat dilupakan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang memukau penonton di setiap set perlawanan, semalam.
Percaturan KL Thunder menurunkan barisan permain mereka Syahir Rosdi, Hanfiah Dollah dan Amirul Zazwan, bagaimanapun tidak berhasil apabila tewas kepada Putrajaya Cyborg dengan mata 1-2 (21-16, 21-13,16-21).
Set pertama rezeki tidak berpihak kepada KL Thunder apabila Putrajaya Cyborg berjaya memenangi dengan mata 16- 21.
Set kedua jurulatih telah memasukkan Azlan semula untuk beraksi bagi menggantikan Hanafiah dan percaturan itu menjadi apabila KL Thunder berjaya bangkit dengan memenangi set kedua dengan mata 21- 13.
Melihat pertempuran diantara KL thunder dan Putrajaya Cyborg boleh dikatakan sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan demi mengejar mata kedudukan pada setiap set.
Walaupun pelbagai asakan sudah dilakukan namun, KL Thunder di set ketiga telah tewas kepada Putrajaya Cyborg dengan mata kedudukan 16-21, sekali gus Putrajaya Cyborg berjaya merampas carta kedudukan yang sebelum ini di tangga ketiga dan kini menjadi seri di carta kedua.
Menurut jurulatih Rashidi Nordin, kekalahan malam ini adalah berpunca daripada kesilapan kecil dan serangan yang kurang menyengat daripada KL Thunder membuatkan mereka tewas ketika menentang Putrajaya Cyborg.
“Saya lihat banyak kesilapan kecil yang dilakukan KL Thunder dari segi umpanan banyak yang lepas, serangan pula kurang daripada Syahir, serangan daripada KL Thunder kurang “consisten”, ada sedikit gangguan daripada Syahir dan saya harap di musim kedua nanti, KL Thunder menebus semula kekalahan ini ketika bertemu Putrajaya Cyborg.
“Apa yang saya boleh katakan, serangan Putrajaya Cyborg tidak la laju, tapi dia mempunyai “service” yang laju serta vairasi, dan ia ada gangguan sedikit kepada KL Thunder yang melakukan kesilapan seperti hantaran jauh, kemudian rejaman tidak menjadi, jadi perkara seperti itu kita perlu atasi.
” Putrajaya Cyborg benar bersedia untuk beraksi malam ini. Semangat juang mereka tinggi untuk mengalahkan KL Thunder,” katanya
Tambah jurulatih itu lagi, KL Thunder kini perlu menyasarkan kejuaraan dalam setiap set untuk perlawanan seterusnya dan tidak boleh kalah lagi sekiranya ingin mengekalkan kedudukan untuk bergelar juara kejohanan Emas Anuar STL tahun ini.
“Perlawanan malam ini sangat penting buat KL Thunder kerana kedudukan Liga, sebab KL Thunder mendapat kedudukan kedua dalam carta dan Putrajaya ketiga dalam carta, jadi perjarakan dari segi masa tu, satu perlawanan KL Thunder lebih,
“Namun bila kekalahan malam ini, bermakna jumlah kemenangan tersebut telah sama, cuma yang membezakan set atau mata, KL Thunder ada 6 kemenangan dan Putrajaya 6 kemenangan.
“Kini untuk membezakan kedudukan hanya bergantung kepada set menang atau kalah, atau mata setiap set, jadi dengan kekalahan malam ini, untuk KL Thunder mengekalkan kejuaran agak sukar sebenarnya, tapi kami menyasarkan 3 perlawanan terbaik selepas ini dan jangan kalah lagi terutama kepada pasukan yang dikedudukan carta bawah KL Thunder.
“Untuk musim kedua ini, kami akan membuat “post mortem” untuk kaji semula semua pasukan yang pernah KL Thunder beraksi, dan kaji semula kelemahan dan kesilapan yang dibuat kemudian untuk dipertingkatkan lagi,” ujar jurulatih Rashidi Nordin.
Dengan kekalahan ketika bertemu Putrajaya Cyborg telah berikan pengajaran berguna pada KL Thunder untuk bangkit di perlawanan seterusnya dan tidak melakukan sebarang kesilapan lagi.