spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Isu Diwiyana : Seperti menegak benang yang basah

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Susulan isu daripada Diwiyana Mohamed yang tular di media sosial, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) menjelaskan bahawa wanita sekeluarga itu menerima pelbagai bantuan mencecah RM15,000.

Memetik hantaran yang dimuat naik oleh Kisah Zakat Malaysia di Facebook, pihak terbabit dikatakan berhubung terus dengan pihak MAIPk dan JKM mengenai bantuan sebenar yang diterima pihak Diwiyana bagi mendapatkan pencerahan.

Semakan mendapati ada pelbagai jenis bantuan telah diterima Diwiyana sekeluarga melebihi RM15,000 bahkan permohonan baharunya di MAIPk hanya dibuat pada awal Februari lalu.

Secara ringkas, jenis bantuan yang diberikan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan zakat buat apa? Sampai gereja pun naik nama.

Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.

Semasa Diwiyana Mohamed tinggal di Cheras dahulu, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP :

Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2,000 ‘one off’,
Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3,000 untuk setahun (pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin)
Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun (bantuan atas nama suami, Mohd Ashraf Adam)

Kemudian telah berkahwin baharu dengan, Taufiq Iqmal Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di kawasan lain di Cheras, dengan pendapatan suami berjumlah RM1,758.65 sebulan.

Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan isian semula ‘ebill’ dengan pendapatan bersih RM2,053 sebulan.

Ibunya, Selamah Hamid, masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 selain rawatan di HUKM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM atau (HCTM)).

Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2,000 ‘one off’ (atas nama suami)

Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia RM500 (2019), RM600 (2020), RM800 (2021), RM800 (tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah).

Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.

Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)

Ibunya, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012 (tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2,400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3,000.

Apabila pindah ke Perak, Puan Diwiyana memohon bantuan daripada Zakat Perak-MAIPk pula dengan mengisi borang pada 03/02/2022 dan permohonannya telah diluluskan. Boleh rujuk ruangan komen.

Team Kisah Zakat Malaysia, terus mencari kesahihan

Hantaran itu dimuat naik bagi menjawab perkara sebenar terhadap pemfitnah, mengajak orang lain berbuat kejahatan, mencaci maki selain menyaran supaya menjaga mulut dan hati daripada mudah terjerumus daripada melakukan dosa kecil dan dosa besar.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan meraih ribuan reaksi netizen termasuk mereka yang berpendapat pernah berada dalam situasi sama seperti kes Diwiyana.

Seperti cuba menegakkan benang yang basah, netizen mempertikai hantaran dimuatnaik dari akaun Facebook berkenaan, kerana seolah membuka ‘pekung di dada’ penerima bantuan, yang disifatkan lebih mendatangkan masalah.

Selain itu, mereka mempertikai jumlah bantuan bukan berdasarkan keadaan semasa terutama waktu pandemik COVID-19, malah menyatakan bantuan yang diminta Diwiyana hanya untuk ibunya.

Amino Bundle Amino meninggalkan komen, Yg dia cerita dia susah masa pindah kat Perak..Yg KL crita lain laaa…Amenda laa admin ni..

Mohd Saiful Mamat,
yang aku faham dia ni buat aduan masa di perak…bukan di cheras..dia buat aduan di jabatan zakat perak tapi bantuan xlulus2..knp nk ungkit bantuan yg dia dpt semasa di cheras…..

Rukiah Dungoi,
Org tak viral klu tidk benar2 susah..Jgn lh bnyk ungkit itu ini, kita pun tak tahu bnda tu btul kah tidak..

Hanisah Nordin,
Wahh admin, sampai semua jenis bantuan yg dia dpt disebarkan ya, bgs..bukak pekung org, kita tak tahu dia susah nak uruskan mak dia, dia mintak bantuan untuk mak dia, plus dlm tiktok pun dia ckp dia hntr borang permohonan tp dihilangkan dan kene isi balik, sepatutnya staf yg hilangkan borang kene bertanggungjawap……

Aimin Nizam,
Dia mempersoalkan bantuan zakat perak..bukan zakat kl..zakat kan diurus setiap negeri..cube tgk balik tik tok dia..

Siti Nor Maisarah,
Dia mintak bantuan untuk ibunya, bukan untuk diri dia..Dlm rekod bantuan ibunya dapat dari tahun 2013 sampai 2015. Memang patut dia buat permohan baru, bukan nak selesai cara baik, habis dikorek rekod2 yg lama

Kenshi Himira San,
Sembang nk cover le tu..aku pernah lalui ngn pusat zakat ni..mmg byk krenah…

Siti Salbiah Haji Ahhi,
Dia tuntut bantuan untuk mak dia, Tak dengar ke kat tiktok tu..ke buat2 tak dengar..

Samad Hussain,
rasanya bantuan yg diberi x mencukupi dgn kadar sebulan 250-300..barang pun mahal+belanja lain.. pihak zakat harus pertimbangkn jugak dari semasa ke semasa..

Ros Ai Mi,
Hanya yg jaga orang sakit yg tahu. Macam mana nak kerja kalau dah jaga orang sakit? Yg sakit perlukan duit utk merawat, transport bagai..yg menjaga pun perlukan duit utk kelangsungan hidup dan mengurus anak2 sekolah

Diwiyana juga sebelum ini sudah memaklumkan, dia terpaksa membuat video sehingga tular namun bukan bertujuan untuk menimbulkan kekecohan malah tidak berniat menyentuh sensitiviti agama.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases