spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Isu 11,000 akaun : Rakyat mahu boikot CIMB

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR 6 Feb 2022 – Rakyat menuntut Bank Negara Malaysia (BNM) perjelas dakwaan isu CIMB Bank Berhad (CIMB) membekukan kira-kira 11,000 akaun tanpa notis mencukupi kepada pemegang.

Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Agenda Reset Malaysia (ARM) menuntut penjelasan itu malah akan melancarkan kempen meminta rakyat memboikot institusi kewangan terbabit jika gagal ditangani.

Masalah itu timbul selepas CIMB didakwa menyebabkan kesilapan membekukan akaun sehingga pemegangnya berhutang kerana “jumlah berlebihan” yang dikreditkan oleh bank ke dalam akaun mereka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, berkata CIMB perlu bertanggungjawab di atas kesilapannya.

“Sama ada disebabkan kecuaian bank atau kegagalan sistem, CIMB perlu bertanggungjawab dan membetulkan kesilapannya

“Bank Negara juga perlu memberikan jawapan kerana ia adalah badan penyelia untuk semua bank,” katanya pada sidang media, di sini.

Ketua ARM, Ramalan Yunus berkata CIMB tidak boleh terus membekukan akaun pelanggan mereka tanpa notis yang mencukupi.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan usaha untuk menyeru semua pelanggan mereka mengeluarkan wang daripada bank jika CIMB tidak jujur kepada pelanggannya mengenai kejadian sebenar.

“Kita patut memboikot CIMB dan memindahkan semua wang kita kepada bank lain untuk memberi pengajaran.

“Jika CIMB dan kerajaan membisu mengenai isu ini, kami akan lancar gerakan ketidakpatuhan awam,” katanya.

Khamis lalu, BNM memberitahu FMT bahawa CIMB kini cuba mendapatkan semula jumlah lebihan yang dikreditkan kepada pelanggan mereka.

BNM berkata, pihaknya meminta CIMB memastikan bahawa apa sahaja langkah “pemulihan” yang diambilnya tidak akan membebankan pelanggan, terutama mereka tidak menyedari lebihan wang dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Siasatan terhadap insiden ini sedang dijalankan dan tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil (terhadap CIMB) jika perlu,” katanya.

CIMB dilaporkan berkata, pihaknya menemui “ralat pemprosesan”, yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases