spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Hari Wilayah : Lebih 100,000 bendera dikibarkan

- Advertisement -spot_img

 

KUALA LUMPUR : Selari dengan aspirasi Our City Our Home untuk menzahirkan semangat kekitaan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di sekitar kawasan-kawasan utama di ibu kota.

Shahidan berkata, sebanyak 71,000 bendera telah dipasang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15,530 di Putrajaya dan 18,000 di Labuan yang merangkumi kawasan-kawasan utama seperti jalan-jalan protokol, premis perniagaan, pejabat bangunan kerajaan dan kawasan perumahan rakyat.

“Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 15 Januari lalu sehinggalah 28 Februari ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme serta semangat kekitaan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan, malah turut dapat memeriahkan lagi Sambutan Hari Wilayah.

“Uniknya pada tahun ini, pelancaran kempen diadakan di pusat-pusat membeli belah utama di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai simbolik kick-off kibaran Bendera Wilayah Persekutuan.

“Pusat membeli belah adalah antara lokasi utama yang dikunjungi oleh warga Wilayah Persekutuan, bahkan mereka yang tinggal di negeri-negeri berdekatan.

“Ini sekali gus mempromosikan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini dan menggalakkan aktiviti pelancongan.

“Malah, saya juga ingin menyeru kepada semua pemilik premis sama ada bangunan kerajaan mahupun swasta serta kediaman persendirian untuk bersama-sama memasang dan mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan,” katanya.

Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan pada kali ini turut dilaksanakan di pusat membeli belah terkemuka iaitu Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur dan Mid Valley Megamall.

Penyertaan warga Wilayah Persekutuan ini dan semua pihak dalam menjayakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Perseketuan jelas dapat menonjolkan imej masyarakat yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases