spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Gangguan telekomunikasi akibat gegaran?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Gempa bumi sederhana dengan 6.2 skala Richter yang melanda Pekan Baru, Indonesia, kira-kira jam 9.30 pagi ini, turut dirasai oleh penduduk di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya antara kawasan yang terjejas gegaran itu.

Ia turut dikongsikan warga media sosial.

Jaringan perkhidmatan telekomunikasi dipercayai turut mengalami gangguan dan terjejas akibat gempa itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan bencana itu.

Mag:6.2, 25-Feb-22 08:39:29 WIB, Lok:0.15 LU,99.98 BT (17 km TimurLaut PASAMANBARAT-SUMBAR), Kedlmn:10 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/9QhVcI4I93
— BMKG (@infoBMKG) February 25, 2022

Gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases