spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Penganggur jadi ‘runner’  ditahan polis

- Advertisement -spot_img

Oleh NURMAN NASYRIQ

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur yang disyaki menjadi ‘runner’ mengedar dadah ditahan polis dalam operasi khas di sekitar Muar pada 30 dan 31 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Afzanizam Yahaya berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan antara jam 6 petang hingga jam 1.30 pagi.

Dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Muar dan Kontinjen Johor turut menyerbu sebuah rumah pangsa yang disewa untuk dijadikan stor penyimpanan dadah.

“Kita menjalankan tiga serbuan dalam operasi khas ini dan berjaya menahan suspek di sebuah unit rumah pangsa yang dipercayai dijadikan sebagai stor untuk menyimpan dadah.

“Kita berjaya merampas 10 kilogram heroin, 388 gram syabu dan 250 biji pil eramin 5 yang keseluruhannya berjumlah RM176,697 selain merampas wang tunai RM685,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd. Afzanizam berkata, hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif methamphetamine dan hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Suspek menggunakan modus operandi menyewa sebuah unit rumah pangsa itu dengan kadar sewaan RM500 sebulan sejak Disember 2021 hanya untuk menjadikan kediaman itu sebagai stor menyimpan bekalan dadah.

“Jumlah dadah yang dirampas ini jika terlepas ke dalam pasaran boleh digunakan oleh 51,990 penagih.

“Kita sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek lain yang terbabit dalam pemprosesan dadah ini.

“Hasil siasatan mendapati sumber bekalan dadah ini diperolehi adalah dari utara dan dipercayai untuk diedarkan di pasaran sekitar daerah Muar,” jelasnya.

Suspek kini masih dalam tahanan reman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases