spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Era PH ekonomi teruk, BN perlu menang

- Advertisement -spot_img

KULAI : Calon Barisan Nasional (BN) Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor yang sudah sinonim dengan kawasan tadbirannya berharap kemenangan terus berpihak buat parti BN.

Jafni berkata, pemerintahan parti sebelum ini menyebabkan ekonomi negara jatuh ke tangga 5. Maka, Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung ini memberi mandat buat rakyat untuk membuat keputusan.

“Ketika Pakatan Harapan memerintah, negeri Johor jatuh hingga tangga ke-5. Oleh itu, mandat diberikan semula kepada rakyat untuk menentukan parti mana yang bakal mentadbir.

“BN bukan saja bagus dari segi pengalaman malah akan mencorakkan kembali ekonomi negeri Johor.
Sebenarnya saya dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai sudah sinonim yang mana sudah 7 tahun saya membantu rakyat.

“DUN ini geografinya berbeza yang ada bandar, pekan, kampung dan felda. Mereka semua berada dekat di hati saya dan banyak bakti yang telah taburkan.

“Jadi, semestinya saya berharap rakyat akan mengundi saya untuk PRN kali ini,” katanya kepada WacanaKini.com

PRN Johor bakal diadakan susulan pembubaran DUN itu pada 22 Januari lalu lepas.

Hari penamaan calon ditetapkan pada hari ini bersamaan 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Dalam pada itu, Jafni turut menyambut kehadiran Shahidan mensantuni Majlis Perjumpaan UMNO Cawangan bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di Impian Hotel, di sini pada Jumaat malam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan kehadiran ‘Menteri angkat’ yang mana dalam seminggu dua kali berjumpa.

“Beliau amat komited untuk membantu dengan memberikan inisiatif sendiri. Sikap prihatinnya dan memberikan motivasi khas buat semua jentera yang ada di Parlimen Kulai,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases