spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

England bakal tamat sekatan COVID-19, henti kuarantin pesakit

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

LONDON : England bakal mengakhiri pelaksanaan sekatan COVID-19, pada Khamis ini.

Turut dihentikan, ujian saringan besar-besaran secara percuma bermula 1 April depan.

Ia berikutan, negara itu sudah melepasi kemuncak varian Omicron, dengan kes berkurangan dan kemasukan ke hospital.

Perdana Menterinya, Boris Johnson berkata memberitahu Ahli Parlimen, kewajipan undang-undang bagi mengasingkan individu yang duji positif virus COVID-19 akan digugurkan sekali gus ke arah ‘perancangan ke arah kembali normal’.

Katanya, penyediaan ujian saringan percuma hanya akan disasarkan kepada mereka yang paling terdedah, mulai 1 April ini.

“Hari ini, bukan hari kita boleh mengisytiharkan kemenangan ke atas COVID-19 kerana virus ini tidak akan hilang.

“Ia (wabak) adalah dua tahun paling gelap, paling suram dalam sejarah masa aman kita.

“Negara kini boleh melengkapkan ‘peralihan kembali ke arah normal’ dan mengekalkan langkah berjaga-jaga untuk bertindak balas terhadap kebangkitan semula COVID-19 atau varian baharu,” katanya pada sidang akhbar Downing Street, semalam.

Bagaimanapun, beberapa pihak menentang antaranya kesatuan doktor perubatan, Persatuan Perubatan British, yang menjelaskan, rancangan berkenaan dilihat gagal melindungi mereka yang paling berisiko daripada COVID-19.

Parti pembangkang juga mengatakan, pelan tindakan Perdana Menteri itu untuk keluar daripada wabak berkenaan terlalu cepat, malah mereka menyuarakan kebimbangan terhadap pengurangan ujian saringan percuma.

Kerajaan Scotland juga berkata, nasihat kesihatan awam yang diterima tidak mengesyorkan supaya sekatan itu ditarik balik.

Sementara itu, Ketua pegawai perubatan England, Prof Sir Chris Whitty, berkata penamatan sekatan virus adalah ‘perubahan beransur-ansur dan stabil dalam tempoh masa’, namun ia bukan bermakna semuanya berhenti secara tiba-tiba kerana bilangan individu dijangkiti Omicron masih tinggi.

Pejabat Statistik Nasional (ONS) minggu lalu, menganggarkan satu daripada 20 orang di England mempunyai COVID-19. – Agensi

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases