spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Empat kerajaan abai nasib 1.2 juta pemandu

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) meluahkan kekecewaan terhadap empat kerajaan terdahulu yang dilihat mengabaikan nasib 1.2 juta rakyat yang pemandu dan pengusaha pengangkutan darat.

Ketua Aktivisnya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan ketika ini kerajaan Keluarga Malaysia.

“Kami hendak lihat mana satu parti yang betul-betul perjuangkan nasib rakyat dan setuju nasib kami.

“Jika tiada yang perjuangkan, kami akan bertanding secara bebas atau kuasa ketiga parti lain yang mahu bekerjasama.

“Kami hendak tengok parti politik mana yang benar-benar mempunyai kesungguhan dan keikhlasan untuk membela nasib kami atau terus mengadaikan nasib kami kepada orang-orang politik yang bukan berasal dari industri kami.

“Kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang sudi luangkan masa mendengar luahan, cadangan dan wujudkan sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda untuk mengumpulkan aduan rakyat bagi diketengahkan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Memorandum PPDM kepada Dr Asyraf Wajdi wakil kepada BN.

Dr Asyraf meluangkan masa selama hampir dua jam di pejabatnya di PWTC di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarudin Baharin Mansor dan Pegawai Khas Komunikasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Gulab Jan Fazal Eladi.

Tambah Kamarudin, perjuangan utama mereka adalah tempat di dalam Kementerian Pengangkutan bagi membuat polisi yang melindungi pekerja-pekerja sektor ini.

“Perlu ada Menteri yang boleh rasa sendiri penat jerih kesempitan yang kami pemandu ini lalui, contohnya syarikat GRAB ambil peratusan komisen yang banyak sedangkan pemandu amat tertekan bekerja siang malam untuk dapat rezeki.

“Kerja dengan syarikat tetapi jika berlaku kesalahan, lesen digantung dan ditanggung sendiri, syarikat buat keuntungan banyak dan lepas tangan.

“Sewa permit yang ketika ini dilaksanakan dalam industri teksi dan sedang berlaku dalam industri e-hailing amat membebankan. Contohnya permit teksi lebih kurang RM50 setahun, sewa permit dengan syarikat pula antara RM15 hingga RM50 sehari. Jika setahun untuk syarikat sahaja RM18,000 kena bayar bagi satu kereta.

“Sedangkan pelekat RFID harga RM35 pun orang dah kecoh, ia bukti kesempitan kewangan yang amat dahsyat dialami ketika ini.

“Ketika ini permit E-hailing dilonggokkan kepada syarikat dan ketika ini kerajaan memberi pelepasan khas, tidak mustaghil apabila syarikat diwajibkan membayar permit, pihak syarikat akan mengenakan caj kepada pemandu pula sama seperti teksi.

“Suara kesusahan kami tidak didengar. Jadi ketika ini kami beri peluang kepada mana-mana politik yang mahu memperjuangkan nasib kami.

“Jika tiada, kami sendiri akan tubuhkan parti politik pada PRU-16, jangan lupa kami mata telinga kerajaan, kami paling hampir dengan rakyat hari-hari bersama rakyat lebih banyak masa berbanding kerajaan,” katanya

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases