spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

DBKL gempur warga asing selepas video Shahidan tular

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengadakan lawatan mengejut di Pasar Borong Selayang dua hari lalu.

Kehadirannya bersama Pegawai Tugas-tugas Khas 1, Datuk Mahadhir Sulaiman dirakam menerusi video TikTok @shahidankassim_fans dengan kapsyen “Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memerhatikan anda semua. Pastikan warga asing dan anda memiliki permit yang sah,”.

Video TikTok Dato Seri Dr Shahidan Kassim mengadakan lawatan mengejut di Pasar Harian Selayang.

Susulan penularan video yang ditonton lebih 26 ribu itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menerus mengadakan operasi menggempur warga asing di pasar berkenaan.

Agensi itu mengadakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di Pasar Borong Kuala Lumpur, sekitar kawasan Pusat Bandar Utara, Pasar Pudu dan Pasar Harian Selayang.

12 tindakan sita diambil terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar luar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dengan kesalahan di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Sembilan warga asing berada di dalam kompleks, tujuh daripadanya ditemui sedang berlegar-legar di sekitar dalam kompleks. Manakala dua orang lagi ditemui di pintu masuk kompleks.

Penguatkuasa DBKL sedang menjalankan penguatkuasaan ke atas warga asing tanpa permit sah

Kesemua warga asing tersebut ditahan bagi tujuan dokumentasi dan rekod.

Mereka diarah keluar daripada kompleks serta-merta kerana tiada urusan berkaitan.

DBKL turut melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjajaan, perniagaan tanpa lesen dan menyebabkan halangan di Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur.

Lima tindakan pindah halangan terhadap barang perniagaan yang menghalang laluan awam di simpang Jalan Selayang Baru di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kesalahan 46(1)(d) mana – mana orang yang meletakan barang atau benda di tempat awam berhubung trednya.

Di Pasar Pudu, tindakan sita serta merta telah dilaksanakan dibawah Kesalahan UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Di Pasar Harian Selayang pula, tiga lot gerai yang dikendalikan oleh warga asing ditemui hasil pemantauan penguatkuasa.

Empat notis kompaun kesalahan di bawah seksyen 38(1)(c) UUK Pasar (WPKL) 2016 iaitu menjadi kesalahan kepada pemilik gerai dimana tidak boleh mengambil mana-mana pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

Dua tindakan sita dan tutup lot gerai yang dikendalikan oleh warga asing turut dilaksanakan.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan 24 jam ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Warga kota disaran untuk terus menyalurkan maklumat kepada DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:-
https://adukl.dbkl.gov.my

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases