spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

DAP ingkar SOP, ugut polis

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Sudahlah ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, biadap pula terhadap polis dengan mengeluarkan kata-kata dalam bahasa Mandarin.

Bukan sehari dua tetapi DAP, memang terkenal dengan sikap biadap serta suka mencabar undang-undang malah masih meneruskan kelakuan itu sehingga saat ini.

Tidak menolak kemungkinan, DAP juga pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang tempoh menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Kerana berang permintaannya untuk melanjutkan waktu ceramah ditolak, Ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok baru-baru ini mengugut polis berkaitan SOP ceramah PRN Johor di Yong Peng, 26 Feb lalu.

Menerusi satu rakaman video tular dimuat naik di Facebook Sahabat Bossku, program ceramah dipercayai anjuran Pakatan Harapan (PH) bermula lewat kira-kira jam 8.30 malam.

Kok kemudian memohon kepada pihak polis untuk memanjangkan tempoh tamat waktu ceramah asal daripada jam 10 malam kepada 10.30 malam bagi memberi ruang kepada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Bagaimanapun, permintaannya itu ditolak kerana perlu mematuhi SOP yang sudah ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sepanjang kempen PRN Johor itu.

Oleh kerana itu, Kok yang juga mantan Menteri Industri Utama mengugut polis dengan bertutur dalam bahasa Mandarin di hadapan hadirin.

“Okla, tunggu la bila kami (DAP) jadi kerajaan, kita takkan buat SOP macam ini.

“(Dalam bahasa Mandarin) Baru pukul 10 malam, sudah suruh kita balik, bila kita jadi kerajaan tahula korang (polis) nanti,” katanya.

Pengundi Johor sudah boleh mula berfikir lebih rasional sama ada untuk memberi peluang kedua kepada DAP untuk menjadi kerajaan atau tidak.

SPR melalui perkongsian Majlis Keselamatan Negara (MKN) di saluran Telegram sebelum ini menetapkan SOP pada kempen PRN Johor antaranya, penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis, selain setiap aktiviti hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10 malam.

SOP lain pula menetapkan, jumlah kehadiran pada ceramah, syarahan, dan kempen tidak melebihi 100 orang, individu lengkap divaksinasi dibenarkan hadir, penganjuran di premis terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan.

Selain itu, sebarang bentuk hiburan ketika berkempen tidak dibenarkan manakala makanan yang disediakan hendaklah dalam bentuk ‘pack food’ (makanan berbungkus).

Penganjur, urus setia, penceramah dan peserta dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain serta memakai pelitup muka.

Penganjur perlu menyediakan kaunter saringan kesihatan untuk menyemak bilangan kehadiran, status vaksinasi, saringan gejala.

Peserta bergejala tidak dibenarkan masuk dan semua yang hadir perlu mengimbas QR Kod MySejahtera atau mencatat kehadiran termasuk nama, nombor telefon, gejala dan masa, di dalam buku disediakan.

Kawalan pintu masuk dan kehadiran peserta ke dalam pejabat parti atau bilik gerakan parti dengan hanya memastikan satu laluan untuk masuk dan satu laluan untuk keluar.

Memastikan penjarakan fizikal satu meter antara susunan tempat duduk.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases