spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Calon BN DUN Panti mahu bantu rakyat pasca COVID-19

- Advertisement -spot_img

KOTA TINGGI : Calon Barisan Nasional (BN)/UMNO bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N34 Panti, Hahasrin Hashim yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berhasrat ingin membantu rakyat meneruskan hidup pasca COVID-19.

Hahasrin berkata, matlamat utama parti adalah untuk membantu rakyat dan orang ramai yang terjejas dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta peningkatan ekonomi.

“Pada PRN kali ini, saya berharap BN bukan saja dapat mempertahankan DUN di Panti dan di Pasir Raja saja, namun dapat membesarkan majoriti kemenangan.

“Apatah lagi, kita sudah dapat rasa pemerintahan di bawah pasukan yg bukan daripada BN. Kesannya amat teruk dan ketara.

“Sebagai contoh ketika pemerintahan BN, sektor pelaburan berada di tempat pertama dan kedua namun apabila di bawah pemerintahan kerajaan baru selepas PRU 14, pelaburan merudum ke tangga ke-8.

“Malah, kesan itu mermberikan impak berpanjangan. Contohnya susah hendak mendapat kerja dan sebagainya. Itu antara impak ketara yang paling dirasai,” katanya kepada WacanaKini.com

Sementara itu, Hahasrin turut bersyukur dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang turun padang ke bahagian Tenggara, di sini bagi memberi kata-kata semangat serta beramah mesra dengan jentera BN.

Jelasnya, selaku tuan rumah kehadiran Shahidan bersama isterinya yang juga merangkap Ketua Wanita UMNO Perlis, Datin Shamsiah M Yassin sanggup turun padang bagi memberikan kata-kata semangat buat jentera BN.

“Saya percaya, kerjasama jentera dari kawasan sini dan negeri-negeri angkat seperti Perlis dan pelbagai pasukan wanita dan puteri peringkat kebangsaan yg mana bukan saja kita mampu menang, tetapi turut dpt membesarkan majoriti.

“Apa yang pasti, BN menjanjikan kerajaan yang stabil dan dapat memakmurkan negeri Johor masa kini dan akan datang.

Apatah lagi, dengan kehadiran Yang Berhormat Shahidan yang mana mengenalinya sejak saya berada di United Kingdom dulu. Saya yakin kehadirannya dapat membantu berdasarkan pengalamannya dan banyak lagi,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases