spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Benarkan rakam gambar di hospital

- Advertisement -spot_img

DI SEBALIK larangan pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang rakaman foto dan video, banyak isu yang tidak dapat diketengahkan kepada pihak pengurusan untuk penambahbaikan.

Sebuah blog https://ekjozbuluh.blogspot.com/pernah menulis,

Tapi … KENAPA aku tidak boleh ambil gambar di hospital walaupun anak sendiri (pesakit)? Aku ada baca satu buku berkenaan isu ini (diulas seorang doktor). Apa kata doktor?

“Secara amnya, TIADA sebarang undang-undang di Malaysia yang melarang alat perakam virtual dan video digunapakai di hospital atau merakam gambar pesakit.

“Hah! Jika tiada undang-undang yang melarang, KENAPA ada arahan larangan pengambilan gambar di kawasan hospital? Apa kata doktor?

“Arahan pengambilan gambar di kawasan hospital dikeluarkan bertujuan untuk menjaga hak, kerahsiaan dan maklumat tentang kesihatan pesakit sebagai pelanggan sewaktu berada dalam rawatan dan penjagaan pihak hospital.

“Dengan arahan dan penguatkuasaan larangan pengambilan gambar pesakit di kawasan hospital, pihak pengurusan hospital dapat membebaskan tanggungjawab tidak langsung (vicarious liability) dari sudut undang-undang sekiranya didakwa di Mahkamah Malaysia dan mempertanggungjawabkan kesalahan tersebut sepenuhnya kepada individu (pelawat) yang mengambil dan merakam gambar pesakit,” antara petikan blog berkenaan.

Alasan utama pihak hospital adalah untuk menjaga hak, kerahsiaan dan privasi pesakit-pesakit, bagaimanapun yang menjadi perdebatan awam adalah kenapa rakaman yang membabitkan ahli keluarga sendiri juga tidak dibenarkan?

Tetapi bagaimana pula hak orang rakyat untuk berasa selamat, untuk dilindungi undang-undang jika sesuatu perkara berlaku seperti salah laku, prosidur dan lain-lain yang membabitkan nyawa dan masa depan?

Antara aduan awam yang biasa kita baca di media sosial adalag adalah layanan ‘sambil lewa’, salah preskripsi ubat, salah suntik, salah prosidur rawatan, penyediaan menu makanan yang tidak sesuai dengan keadaan pesakit dan lain-lain.

Sebagai contoh kes seorang warga emas di Perak yang meluahkan ahli farmasi bertindak ‘kurang ajar’ terhadapnya sehingga kes itu mendapat perhatian KKM dan kakitangan itu diambil tindakan sewajarnya.

Hipotesisnya, ini kerana jika pesakit dibenarkan merakam semua salah laku itu, lebih ramai pesakit yang akan menyaman hospital dan dapat ganti rugi.

Bagaimanapun, terlalu banyak larangan dan syarat dikenakan hanya menunjukkan banyaknya kelemahan pengurusan hospital negara kita.

Walaupun bukti foto tiada, ingatan mereka masih ada, mereka masih bercakap, mereka masih menulis dan isu berkenaan tetap akan tular.

Lebih aneh ketika ini, kenapa hospital tidak dibenarkan melawat sedangkan semua pelawat hospital disyaratkan sekurang-kurangnya sudah memiliki dua dos vaksin?

Ini menimbulkan hipotesis adakah program itu tidak berkesan atau seperti yang diperkatakan umum ‘bohong’ sahaja. Adakah larangan adalah untuk menutup kegagalan sahaja?

Jadi pada pendapat awam, lebih elok larangan ini dilonggarkan sedikit, mungkin dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Rakaman juga sewajarnya dibenarkan tetapi mungkin disyaratkan hanya segala prosidur membabitkan pesakit sahaja dan gambar doktor pula atas keizinan. Suasana lebih muhibah, tekanan mampu dikurangkan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases