spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Benar, itu alat ujian kehamilan – Intan Saleh

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Selebriti media sosial Intan Saleh mengakui keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif namun belum berjumpa doktor bagi mengesahkan perihal itu. 

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh,37,menjelaskan pasti berkongsi khabar gembira itu kepada umum dan tidak berniat untuk mendiamkan diri berhubung berita gembira tersebut.

“Benar itu adalah alat ujian kehamilan, cuma saya belum berjumpa doktor bagi mengesahkan sama ada saya benar-benar berbadan dua. Setelah dapat kepastian nanti, pasti saya akan kongsi kepada semua”.

“Saya merancang untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian pada minggu hadapan. Sekiranya hamil, pasti saya akan berkongsi kepada semua, cuma buat masa ini masih samar-samar lagi.

“Malah, saya juga tidak pasti usia kandungan sekiranya benar hamil. Ramai juga yang menegur mengatakan pipi saya semakin berisi dan sebagainya. Mungkin juga kerana makan banyak selepas berkahwin,” katanya.

Intan dikatakan hamil selepas kelihatan alat ujian kehamilan di atas meja sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Aizam Yahya di sebuah restoran mewah berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Menerusi perkongsian berdurasi hampir dua minit itu, menunjukkan suaminya meniup kek ulang tahun kelahiran kemudian disusuli membuka hadiah yang berupa alat ujian kehamilan yang diletakkan di dalam sebuah bekas.

Sementara itu di ruangan komen video tersebut, ia dihujani dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Aizam pada 20 Disember 2021 di sebuah premis acara di Jalan Ampang.

Intan adalah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai dengan kisah pergolakan rumah tangga mereka pada 2017.

Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.

Terdahulu pasangan itu dikurniakan kehadiran dua putera, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 6.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases