Oleh Tun Puteh Wanti
BANGI, 5 Feb 2022– 11 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebulat suara menggesa semua pihak melihat isu penjualan dan minum arak bukan isu politik dan perkauman semata-mata tetapi ancaman kepada negara.
Pertubuhan berkenaan terdiri Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Malaysia Allieance of Civil Society Organisation (MACSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Selain itu, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
Wakil ACCIN, Ir Mohd Jamaludin berkata, rakyat perlu menghentikan minum arak satu budaya atau ‘trend’ tetapi sebaliknya memandang minum arak mampu memusnahkan negara.
“Mereka yang mempunyai kuasa perlu bertindak segera dan tidak boleh menutup mata dan membiarkan ‘jenayah’ berterusan.
“Jangan anggap ini sebagai bukan masalah kita sebaliknya perlu sama bekerjasama untuk banteras bagi menyelamatkan bangsa dan juga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula berpandangan, tiba masanya semua pihak perlu ubah budaya normal minum arak kepada budaya bahaya minum arak.
“Rakyat perlu sedar isu pengambilan arak berpunca daripada sikap masyarakat sendiri yang selama ini memandang remeh terhadap pengambilan bahan terlarang dan menganggap sebagai sesuatu normal yang tidak memudarat dan menjadi kesalahan.
Katanya, sikap terbuka perlu dihentikan sebaliknya terapkan dengan memberikan kesedaran secara berterusan tentang pengambilan arak.
Tegas beliau, usaha ini sukar mendapat sokongan kerana ada pihak berkepentingan yang memikirkan keuntungan semata-mata.
Tetapi mereka perlu lihat kesan kepada generasi akan datang dan negara.
“Tak kan nak tunggu kesan kepada anhli keluarga mereka baru nak bertindak, kita berharap sokongan rakyat daripad apelbagai latar belakang mampu mengubah budaya arak ini sehingga tidak diterima dalam masyrakat secara keseluruhan,” katanya.
Sementara wakil Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyokong tindakan banteras melalui pendidikan dan perlu diteruskn sepanjang masa.
Malah wakil HALUAN, Mohad Sabri Md Yudin berkata, sepatutnya usaha ini sudah lama dilaksanakan namun ada pihak yang tidak melihat perkara ini sebagai yang serius selain tidak bersatu menangani.
Tegas beliau pihak berkuasa perlu bangkit dan perlu berjuang banteras masalah ini.