spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Arab ‘halalkan’ judi

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

DUBAI: Desas-desus mengenai perjudian bakal dihalalkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), akhirnya terjawab apabila kerajaan rantau Timur Tengah itu mengumumkan aktiviti terbabit dibenarkan di sebuah resort mewah bernilai bilion dolar di Ras al-Khaimah.

Untuk rekod, Islam di Arab terdiri daripada dua kategori iaitu 85 peratus rakyat Arab adalah Islam Sunnah Wal Jamaah, manakala 15 peratus lagi Islam Syiah.

Berbalik kepada aktiviti perjudian di bumi Arab itu, pengumuman itu dibuat selepas khabar angin bertiup kencang mengenai aktiviti berkenaan susulan perjanjian dengan pengendali kasino gergasi, Wynn Resorts berpangkalan di Las Vegas.

Pihak Wynn Resorts dan Ras al-Khaimah sebelum ini mengeluarkan kenyataan hanya merujuk ‘perjudian’ tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Daily Mail melaporkan, Wynn Resorts merancang untuk membina resort mewah mencecah harga bilion dolar di Ras al-Khaimah, pulau buatan Al-Marjan.

Resort yang menempatkan 1,000 bilik hotel, pusat beli belah, konvensyen dan ‘kawasan perjudian itu bakal dibuka menjelang tahun 202.

Ia bakal dilengkapi fasiliti termasuk spa eksklusif, 10 restoran aneka pilihan dan ruang rehat selain menikmati pemandangan Teluk Arab yang menakjubkan.

Sebelum ini, pengendali kasino, Caesars Palace membina pusat peranginan besar-besaran di Dubai tanpa membabitkan sebarang aktiviti perjudian.

Sementara itu, The Associated Press melaporkan, Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan UAE berulang kali enggan mengulas isu perjudian jika melibatkan pertaruhan tunai.

Bagaimanapun, pihak berkuasa itu menjelaskan, bahagian permainan baharu menuntut ‘pematuhan terhadap semua undang-undang dan peraturan yang terpakai termasuk undang-undang jenayah kewangan daripada pengendali, pembekal dan pekerja’.

Pihaknya juga akan memastikan ‘permainan yang bertanggungjawab di semua peringkat’.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases