KUALA LUMPUR: Gara-gara hujan lebat yang melanda negeri sebelah pantai timut, dilaporkan tiga sungai di Pahang telah mencatatkan bacaan melebihi paras amaran hari ini.
Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut melepasi paras amaran apabila merekodkan bacaan pada paras 57.71 meter (m) manakala sungai Luit di Kampung Subuh, Maran mencatatkan 27.60m.
Selain itu, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan turut melepasi paras amaran dengan bacaan 7.58m berbanding paras normal iaitu 4.60m.
Sementara itu, lapan lagi sungai di kawasan Jerantut, Bera, Rompin, Maran dan Kuantan turut menunjukkan peningkatan apabila melebihi paras waspada.
Sumber Kosmo.