spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Adakah BAM ‘dayus’ tak ‘tebus talak’ Zii Jia?

- Advertisement -spot_img

Dunia sukan badminton sekali lagi menjadi tumpuan peminat sukan apabila pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia berundur diri daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Siapa Zii Jia? Beliau adalah anak guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa, asal Alor Setar Kedah, dilahirkan pada 29 Mac 1998.

Beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil, dan pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor.

Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri diterima BAM.

Setelah usianya 23 tahun, Zii Jia berada di tangga ketujuh dunia setelah menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 2021, iaitu ketika
satu dunia masih menerima ancaman pandemik Covid-19.

Secara ringkasnya beliau yang masih muda ibarat buah yang kita tatang dilihat mulai berputik tetapi pada tarikh 18 Januari 2022, Zii Jia mengejutkan dunia sukan badminton negara dengan mengumumkan keluar daripada BAM.

Pelbagai reaksi peminat sukan, ada yang kata elok Zii Jia rujuk semula BAM, ada pula kata elok kekal bergerak solo, tetapi ada juga yang menganggap seolah-olah Zii Jia seorang sahaja pemain badminton harapan Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diminta campur tangan memujuk Zii Jia batalkan hasratnya dan kembali kepada BAM.

Ahmad Faizal jumpa Zii Jia: Sumber foto TheStar

Berikutan kemelut ini, BAM tidak dapat menghantar nama Zii Jia sebagai pemain bawah naungannya, untuk menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Untuk makluman awam, seorang individu tidak boleh membuat permohonan online secara sendiri-sendiri, mesti diwakili oleh persatuan.


Susulan itu, Zii Jia mengemukakan surat rayuan agar BAM membantu mendaftarkan nama beliau untuk menyertai kejohanan antarabangsa terbabit.

Jadi, mari kita fahami terlebih dahulu apa peranan BAM.

BAM diwujudkan pada 1934 sebagai badan induk membangunkan sukan badminton dan dibawahnya terdapat persatuan-persatuan setiap negeri.

Semua ini asalnya dianggotai betul-betul peminat sukan, lama kelamaan ia mula ditadbir secara professional yang memudahkan strategi dan perancangan kemajuan sukan dirangka dan dipohon dana.

Dengan sejarah penaung BAM terdiri daripada bekas-bekas isteri Perdana Menteri, ia memudahkan saluran meminta dana kepada kementerian serta memudahkan tajaan wang bagi membiayai program-program yang ditentukan.

Sukan badminton ini adalah sukan elit aristokrat dari zaman British sehingga sekarang, kita berjaya memberikan saingan dengan menewaskan mereka di gelanggang mereka di Eropah.

Nama Malaysia digeruni dalam kejohanan Piala Thomas dan All England sejak dahulu sehingga hari ini.

Setiap kali perlawanan yang melibatkan negara, satu negara dengan semangat patriotik tinggi yang berkobar-kobar.

Antara personaliti nama-nama atlet kebanggaan negara, kelahiran BAM adalah keluarga Sidek dan Datuk Lee Chong Wei.

Lee Chong Wei

Dalam program BAM, atlet diberi elaun khas untuk bergiat sepenuh masa dan menumpukan misi membawa pulang kejohanan-kejohanan bernilai jutaan ringgit kepada negara.

BAM adalah sebuah badan profesional yang ada rangka program atau bahasa mudah seperti program biasiswa di universiti.

Berbalik kepada isu Zii Jia, pengumuman beliau berhenti daripada BAM disangka beliau tidak mahu lagi mewakili nama negara.

Senario di pihak BAM pula sebenarnya bagi setiap pemain dibawah naungannya, mereka berbelanja lebih RM300,000 termasuk Zii Jia.

Bayangkan berapa banyakkah pelaburan yang telah dibiayai sejak Zii Jia berusia 13 tahun?

Zii Jia memberitahu beliau tidak mampu menahan tekanan dalam BAM, beliau ingin bergerak secara profesional.

Ini bermaksud beliau perlu mengatur, memiliki pasukan pengurusan profesional sendiri.

Peminat sukan pula berpendapat tindakan Zii Jia tidak patriotik kerana sepatutnya membalas jasa BAM dan setia bersama BAM yang telah menguruskan perkara-perkara sehingga membawa kejayaannya sekarang.

Jadi apa titik persamaan semua ini? Persamaannya ialah dua-dua pihak mahu berjaya di bidang badminton tetapi Zii Jia mahu menjalani kehidupan berkualiti tanpa tekanan.

Zii Jia adalah generasi yang melihat dirinya mampu berdikari, perkembangan dirinya akan lebih baik apabila beliau bebas melakukan strategi-strategi sendiri.

Daripada terus menerus berasa kecewa, BAM seharusnya mengubah minda mereka kepada aliran sukan yang lebih komersial.

Sebagai contoh perjanjian biasiswa universiti, BAM seharusnya menghantar notis tuntutan kepada Zii Jia untuk membayar balik kos-kos yang dibelanjakan kerana Zii Jia tidak lengkapkan kontrak.

Zii Jia pula seharusnya tanpa diminta sedia memohon bayaran ansuran untuk ganti balik wang yang telah dibelanjakan agar program latihan seterusnya tidak terbantut kepada orang lain.

BAM pula seharusnya meningkatkan kecekapan urus tadbir berdasarkan perkembangan terkini dan melihat kepada peraturan sedia ada untuk selesaikan masalah ini.

Contohnya BAM boleh menuntut ganti rugi dan mengenakan syarat Zii Jia membayar dahulu.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria perlu bersifat lebih cakna mempunyai visi tadbir entiti perniagaan berteraskan latihan teratur diakui program BAM terbaik.

Sewajarnya pemain yang keluar daripada BAM ini dimomokkan sebagai pengkhianat bangsa tidak taat setia.

Pengurusan BAM harus diterajui oleh jawatan kuasa yang ambil kira aspek-aspek ini.

Pengurusan ketika ini bersikap seperti, “Oh dia nak berhenti tak apalah,” kata-kata seolah olah seorang bapa merajuk dengan anaknya sahaja.

Sedangkan yang sepatutnya kita katakan kepada dia,”Oh anda nak berhenti anda kena bayar kos dulu makan minum pelaburan melahirkan membesarkan kamu, adik kamu juga perlu makan minum sama seperti kamu.

Kesimpulannya masa hadapan BAM perlu menggubal undang-undang lebih tegas menggariskan perkara ini dengan tepat dan konsultasi undang-undang dalam apa sahaja urusan pengambilan pemain dan kontrak latihan

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases