spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

11 tuduhan ganguan seksual Ebit Lew?

- Advertisement -spot_img

Tenom: Tergempar apabila seorang individu berstatuskan ustaz telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa mempunyai 11 tuduhan gangguan seksual.

Pendakwah yang dimaksudkan adalah Ebit Lew, dia telah didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Meskipun begitu, Ebit hadir hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom di sini, atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Sumber Astro Awani.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.

Difahamkan, Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Terdahulu, Ebit yang kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ditemani sekumpulan individu lain.

Polis turut mengawal perkarangan Pejabat Daerah Tenom sepanjang prosiding dijalankan.

Sumber Harian Metro.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases