KUALA LUMPUR: KL Thunder meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan minggu kedua ini apabila sekali lagi berjaya meraih kejayaan menentang Selangor Piston hari ini dengan 2-1.
KL Thunder menunjukan corak permainan yang begitu baik apabila berjaya mengalahkan Selangor Piston dengan mata 2-1, (21-16,18-21, 21-18).
Permulaan yang baik pada set pertama apabila KL Thunder berjaya memenangi dengan keputusan 21-16.
Pada set kedua Selangor Piston berjaya memberikan tentangan yang hebat dan perlawanan dimenangi oleh Selangor Piston 18-21.
Manakala set ketiga, kita dapat menyaksikan KL Thunder berjaya merampas kembali kedudukan serta berjaya mengalahkan Selangor Piston dengan mata kedudukan 21-18.
Dengan kemenangan pada malam ini, sekali gus meletakkan KL Thunder kedudukan ketiga dalam carta Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022.

Saingan sengit yang diberikan oleh pihak lawan itu tidak mematahkan semangat KL Thunder untuk terus berjuang untuk merangkul kejuaraan pada setiap perlawanan.
KL Thunder menghadapi saingan sengit pada minggu ini apabila berhadapan dengan pasukan Penang Black Panther, Perak Bison dan Selangor Piston yang mempunyai kekuatan tersendiri.
-
-
-
Kredit : STL Astro Arena
Percaturan menggantikan tekong utama Syahir Rosdi kepada Aizat nampaknya membuahkan hasil apabila Aizat dilihat banyak melakukan aksi yang cemerlang di setiap set menentang Selangor Piston.

“Alhamdulilah syukur, tapi belum berpuas hati dengan permainan kami, insha allah akan perbaiki lagi untuk minggu hadapan,” ujar Aizat.
Kapten KL Thunder, Amirul Zazwan berkata perlawanan kali ini amat memeritkan mereka apabila semua permain berada dalam keadaan kurang”fit” namun mereka tetap memberikan yang terbaik untuk meraih kemenangan.

“Sangat memeritkan sebab pemain semua ada yang sakit badan dan saya sendiri rasa kurang”fit” untuk perlawanan tadi, sebab tu banyak kesilapan mudah dilakukan
“Tapi alhamdulilah keputusan berpihak kepada KL Thunder dan minggu depan kami akan berikan yang terbaik,” katanya.
Detik akhir perlawanan menentang Selangor Piston.
Sebelum perlawanan bermula, Wacana.my sempat menemu bual pemain tekong KL Thunder, Syahir Rosdi dan bertanyakan prestasinya yang didakwa sedikit merundum pada perlawanan minggu kedua ini.

Menurut Syahir, dia akui perlu diperbaiki lagi rentak permainannya yang dikhabarkan sudah hilang ketika menentang Penang dan Perak sebelum ini.
“Saya tengah mencari “service” dan corak permainan semula, insya allah dalam minggu depan saya akan perbaiki semula serta buktikan saya boleh bermain seperti biasa pada perlawanan akan datang pada minggu hadapan,
“Sebenarnya tiada sebarang ganguan pun yang membuatkan saya kurang fokus, cuma bila tidak boleh lakukan “service”, jadi ia masalah buat saya, kita jadi macam hilang rentak sekejap,
“Saya akan cari semula rentak yang hilang tu dengan melakukan latihan asas semula,”luahnya.
Tambah Syahir lagi, meskipun Aizat mengambil alih tempatnya ketika menentang Selangor Piston hari ini, dia tetap memberikan sokongan dan tidak kecewa kerana menganggap ia kerja sepasukan dalam menagih kemenangan.

“Moral saya tidak pernah “down” walaupun tempat saya digantikan oleh Aizat, sebab saya menganggap dia sebagai tekong utama, apabila saya mengalami masalah, kita saling membantu, disitu kita akan nampak tekong seperti kami ini amat memerlukan untuk berganding bahu
“Perlawanan mentang Selangor Piston, saya akan “standby” dulu dan Aizat akan bermain terlebih dahulu, macam mana pun saya akan bersedia bila-bila masa,” temu bual yang dilakukan sebelum perlawanan bermula.
Setelah meraih kemenangan menentang Selangor Piston, KL Thunder mempunyai tempoh sebanyak lima hari bagi memperbaiki dan memperkemaskan lagi rentak permainan mereka untuk pada perlawanan minggu ketiga nanti.