spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Siapa rosakkan institusi perbankan negara?

- Advertisement -spot_img

Isu tiga bank Malaysia iaitu CIMB, Maybank dan RHB yang dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion), mengejutkan ramai pihak.

Susulan isu itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan mengapa tiga bank itu dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong yang diisytihar muflis, baru-baru ini.

Tengku Zafrul bagaimanapun menjelaskan, keputusan bank berkenaan memberi pinjaman tanpa cagaran itu bukan ditentukan oleh Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham, sebaliknya keputusan pengurusan bank itu sendiri.

Katanya setiap bank mempunyai proses usaha wajar dan penilaian kredit oleh Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

Di sebalik semua itu, rakyat bimbang kerugian yang dialami tiga bank terbabit menjadi punca kerajaan enggan membenarkan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Walaupun perkara ini disangkal oleh pakar-pakar ekonomi, namun secara logiknya kerajaan akan berbuat sesuatu bagi menampung kerugian dialami bank-bank terbabit.

Kebimbangan rakyat turut disalurkan ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mempersoalkan tindakan ketiga-tiga bank berkenaan di mana para pemegang sahamnya adalah kumpulan permodalan rakyat Malaysia yang terbesar iaitu, KWSP, KWAP, PNB dan TH.

Wujud dua darjat di mana bank-bank ini lebih gemar memberi pinjaman kepada konglomerat besar daripada memberikan pinjaman kecil-kecilan kepada peniaga kecil tempatan.

Peniaga kecil yang ingin memohon pinjaman sekecil-kecil akan diminta untuk mengemukakan cagaran, tetapi pihak konglomerat seperti Genting HK dan lain-lain diberikan pinjaman tanpa cagaran begitu sahaja.

Inilah sikap bank yang begitu memandang serong terhadap peniaga di negara sendiri dan ‘menyanjung’ jerung-jerung besar antarabangsa. Lebih tepat lagi ‘Siapa yang merosakkan sistem perbankan negara?” Adakah sejarah penipuan Jho Low versi kedua berulang?

Janganlah peristiwa ini berulang seperti isu RM2.4b BMF yang melibatkan George Carrian pada awal tahun 80-an dulu, demikian kenyataan rasmi PPIM.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen menuntut akauntabiliti daripada tiga bank Malaysia susulan pelaburan besar daripada dana berkaitan kerajaan berhubung keputusan mereka untuk memberikan pinjaman tidak bercagar yang besar kepada Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Wong Chen menegaskan bahawa kebanyakan pelabur utama dalam bank-bank ini adalah institusi yang menguruskan simpanan pembayar cukai Malaysia.

Mengikut rekod pegangan saham setakat 31 Disember tahun lalu, pelabur terbesar Maybank ialah Amanah Saham Bumiputera melalui Amanahraya Trustees Berhad dengan pegangan sebanyak 34.01 peratus diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 12.94 peratus dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak 7.09 peratus.

Sementara itu, pemegang saham terbesar dalam CIMB ialah Khazanah Nasional dengan pegangan 25.7 peratus diikuti KWSP (15.3 peratus), PNB (11.8 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) (6.3 peratus).

Bagi RHB, institusi awam yang mempunyai pegangan saham besar termasuk KWSP (42.3 peratus), PNB (6.1 peratus) dan KWAP (5.89 peratus).

Wong Chen menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi semua pelaburan ini.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli pula mengumumkan perletakkan jawatannya berkuatkuasa 25 Mac 2022.

Sebagaimana kita lihat banyak jangkaan sebelum ini telah menjadi kenyataan.

Seorang pakar matematik yang enggan dikenali pernah mencadangkan formula negara bernilai tinggi tetapi tidak diterima, malah kerajaan mengubah cadangan itu pula menjadi negara bsrpendapatab tinggi.

Menurutnya negara akan menghadapi masalah susut nilai duit, ringgit akan menjadi seperti rupiah. Itu yang kita sedang hadapi sekarang dengan kenaikan harga barang dan lain-lain.

Beliau juga meramalkan UMNO dan BN akan kalah teruk pada PRU14 dan juga telah jadi.

Menurutnya ikut sejarah sebelum kemerdekaan, Ratu England telah meramalkan masalah kewangan negara dan Ratu telah pun membuat persediaan.

“Begitu juga dengan keadaan KWSP sekarang. Jika benarlah KWSP membuat keuntungan lebih RM48 bilion ringgit sudah tentu tidak ada masalah untuk membenarkan pencarum mengeluarkan dari simpanan mereka ketika sedang susah menghadapi Covid-19 dan banjir yang baru lalu. Jangkaannya wang KWSP sudah tak ada.

“Antara kegunaan membantu rakyat di masa sesak dengan membantu syarikat perjudian, yang manakah lebih penting?

“Inilah akibatnya apabila menteri kewangan bukan dari orang politik tapi dari orang yang nak mengumpul duit memikirkan keuntungan semata-mata,” katanya.

Tambahnya, ‘human factor’ tidak diambilkira dalam mengurus tadbir negara.

“Apakah sebab sebenarnya KWSP tidak mahu memberikan RM10,000 itu? Saranan dari Datuk Seri Najib Razak pun ditolak sedangkan beliau berpengalaman sebagai Perdana Menteri dan mengurus negara

” Hipotesisnya ialah kerana (KWSP) tidak ada data maklumat mengenai caruman. Tidak ada statistik terkini.

“Entah-entah apa statistiknya pun tidak diketahui. Berapa wang yang boleh dibelanjakan? Berapa pencarum di kawasan zon penampan? Zon bencana dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika harga barang keperluan harian naik menggila, juga akibat dari kegagalan kerajaan, kenapa tidak digunakan stok wang KWSP untuk meneutralkan harga barang?

Jika tidak tahu serahkan kepada yang tahu sebagaimana ramai menteri dilantik dari kalangan bukan orang politik.

“Adakah kerajaan dibawah Datuk Seri Ismail Sabri tidak sedar bahawa menggunakan wang caruman rakyat dengan memberi ‘pinjaman percuma’ kepada syarikat perjudian? Syarikat perjudian ini pula di luar negara (Hong Kong) kepada bukan warganegara adalah satu pengkhianatan besar kepada rakyat, raja, negara dan perlembagaan?

“Tambahan pula majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.

“Inilah akibatnya bahayanya apabila pemimpin parti bertopengkan agama dilantik sebagai menteri agama, menasihati kerajaan. Tunggulah saat kehancurannya. Melainkan dibetulkan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan undang-undang digubal supaya golongan M40 ke atas dibenarkan mengumpul harta dan aset mereka untuk memberi sumbangan dan bamtuan dengan bebas selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Misalnya menubuhkan tabung putus belanja, yayasan akal budi seperti , zahid rumah kebajikan Datuk Seri Najib Razak (Yayasan Tun Rahah) dan sebagainya kerana trend dah berubah, rakyat semakin susah tetapi semakin prihatin.

“Tak boleh lagi menyerah bulat-bular kepada institusi seperti , zakat, dan baitulmal. NGO pun semakin banyak dan bertambah. Rakyat bantu rakyat. Kita bantu rakyat.

“Mewujudkan budaya kebajikan. Terima hakikat bahawa rakyat semakin sukar tetapi kesedaran saling membantu itu semakin dipupuk,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases