spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KERAJAAN MESTI TERIMA POLIGRAF

- Advertisement -spot_img

Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak digesa supaya mengusahakan mengambil atau menjalani ujian poligraf (polygraph) atau lebih dikenali sebagai ujian bohong ‘Lie Detector’.

Banyak hujah dan alasan untuk Najib mesti mengambilnya terutamanya kearah membersihkan namanya daripada tuduhan fitnah.

 

 

Ujian poligraf adalah kaedah saintifik paling moden, yang paling mudah digunakan, paling cepat dan yang paling penting ialah yang paling tepat.

Walau pun teknologi ini telah agak lama ditemui tetapi selaras dengan perkembangan sains dan ICT, mesin poligraf ini semakin canggih dan semakin kecil, hingga boleh dibawa kemana-mana seperti telefon pintar sahaja.

Beratus negara diseluruh dunia telah menggunakannya begi berbagai tujuan yang semuanya tertumpu kepada menyelesaikan berbagai masalah dan pertikaian. Termasuklah ketika syarat temuduga hendak masuk kerja dalam bidang kritikal seperti keselamatan, kepercayaan, kepakaran, kesetiaa, kerahsiaan dan seumpamanya.

Bagaimana poligraf adalah mekanisma terbaik yang tiada tandingannya? Ia adalah yang terbaik kerana ia adalah mesin poligraf.

“MACHINE NEVER LIES”. Mesin tidak pernah berbohong. Manusia boleh berbohong tetapi mesin tidak tahu tidak boleh berbohong. Tanbah pula semakin lama ilmu sains teknologi semakin canggih, semakin mengambil alih kerja-kerja ‘lembab’ yang dilakukan manusia.

Misalnya mesin menggunakan CPU komputer boleh melakukan satu bilion kiraan dalam masa satu saat. Manusia mana yang boleh menandinginya? Tidak ada.

Jika anda bandingkan kehidupan 10 atau 20 tahun dahulu, atau lebih lama, maka anda pasti telah melaluinya.

Ketika artikel ini ditulis, bekas Perdana Menteri masih lagi hidup walau sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara. Kalaulah keadaannya 30 tahun dahulu beliau telah lama meninggal dunia, tetapi ketika ini beliau masih hidup dengan bantuan mesin yang menjaga jantung dan pernafasannya, dengan menggunakan kuasa bateri. Adakah beliau percaya kepada mesin jantungnya itu? Ya, sebagai seorang doktor alopati beliau percaya dan bergantung nyawa kepadanya.

Banyak alatan mesin ya g digunakan seharian. Seperti menyemak tekanan darah, kencing manis, jantung, x-ray, berbagai scan, dan sebagainya.

Semua telah diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup tetapi kenapakah mesin poligraf masih tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia?

Jawapan bodohnya ialah kerana rakyat Malaysia terlalu bodoh. Sebagaimana yang dapat dilihat ejekan-ejekan menteri dan kabinet bodoh di media sosial, begitulah realitinya.

Seluruh dunia menentang rasuah dan menganggap rasuah adalah satu kesalahan (haram) tetapi menteri agama Malaysia pula berkata rasuah tidak salah tidak haram tetapi halal dan dibenarkan oleh agama Islam Malaysia.

Satu ketika dahulu ada menteri dari UMNO mencadangkan supaya diterima pakai ujian poligraf sebagaimana banyak negara maju tetapi malangnya ramai juga menteri bodoh yang menentangnya. Alasan mereka, jika diterima digunakan merekalah dulu yang akan kena (hipotesisnya kerana merekalah yang banyak berbohong, memfitnah dan rasuah).

Namun zaman telah berubah. Keperluan mendesak terhadap ujian poligraf ketika ini tidak dapat dielakkan lagi. Tidak ada pilihan lain jika sayangkan negara Malaysia ini. Tidak ada cara lain menangani budaya hasutan dan fitnah yang sedang dihalalkan. Tidak ada cara lain membendung keadilan jalanan yang sedang dibudayakan. Ketika inilah titik getir negara hendak berubah atau tidak.

Tidak ada cara yang lebik baik melainkan menggunakan cara yang diajarkan tuhan yang menciptakan manusia.

Bagi yang percaya dan meyakini kewujudan tuhan, sudah tentu akan menyokong cadangan ini.

Bagi yang rindukan dunia yang aman damai hidup sejahtera bertoleransi, sudah tentu akan menyokong cadangan ini.

Tetapi bagi pengkhianat, penyangak, penyamun, pencuri, perompak, pengacau, pemporak-poranda, perasuah, pemfitnah dan musuh masyarakat sudah tentu TIDAK MENYOKONG cadangan ini.

Kenapa mereka tidak akan bersetuju? Sebab mereka tidak boleh menipu. Mereka akan bercakap yang benar sahaja tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar sahaja. Bukankah itu yang disumpahkan dikandang saksi?

Bagaimana jika mereka sengaja berbohong? Disinilah hebat tiada tandingannya mesin poligraf ini. Jika yang diuji itu berbohong, mesin itu tahu orang itu berbohong dan merekodkan pembohongannya.

Misalnya seorang lelaki bernama Ali bin Ahmad. Misalnya ditanya soalan berikut.

  1. Adakah awak seorang lelaki? Ali jawab Ya. Mesin kata betul.
  2. Adakah awak seorang lelaki? Ali jawab bukan. Mesin kata salah.
  3. Siapakah nama awak? Ali jawab Mansur. Mesin jawab salah.
  4. Adakah nama awak Ali? Ali jawab Ya. Mesin jawab betul.
  5. Jika Ali pernah mencuri wang tunai lebih RM100, ditanya soalan
    Pernahkah awak mencuri wang tunai RM100 atau lebih?
    Ali jawab tidak. Mesin jawab salah.
    Jika Ali jawab Ya, mesin jawab betul.

Begitulah gambaran ringkasnya. Kita boleh tahu apa sahaja rahsia atau apa sahaja orang yang diuji itu tahu. Dia tidak boleh berbohong. Jika dia berbohong, kita akan tahu dia berbohong.

Disinilah tiada tandingannya. Mesin tidak pernah menipu, tetapi untuk bercakap membaca menterjemahkan percakapan mesin itu perlukan kepakaran dan kemahiran khusus.

Sebab itulah sesuatu ujian poligtaf mestilah dikendalikan oleh polygrapher (penguji) yang ‘registered, certified and qualified’. Misalnya daripada Maryland Institute of Criminal Justice.

Penguji mesti tahu terlebih dahulu skop yang hendak diuji. Penguji mesti merangka dan merancang soalan-soalan yang hendak diuji supaya tujuan ujian dilakukan tercapai.

Begitu juga penguji mesti cekap menangkap yang diuji itu jika ia sedang cuba untuk menipu mesin (walau pun mustahil) dan mengubah soalan ujian.

Ramai pihak terutamanya di media sosial mengatakan mereka boleh menipu mesin poligraf. Tidak benar sama sekali. Tidak ada sesiapa yang boleh menipu poligraf. Apa yang disangka mereka itu sebenarnya mereka menipu orang yang mengendalikan ujian itu. Bukan oleh ‘registered certified and qualified polygrapher’. Sama seperti boleh bawa kereta tapi tak ada lesen memandu kereta.

Betulkah tak boleh tipu? Bergantung pada masing-masing. Bagi orang Islam, dalam Quran telah bagitahu apabila mulut berbohong satu badan lainnya akan mencakapkan kebenarannya.

Misalnya, bila seseorang itu berbohong terjadi perubahan pada badannya. Misalnya pertukaran denyut jantung dan nadi, tekanan darah, peluh di jari-jari dan muka dan sebagainya. Jika digabungkan pada satu masa yang sama misalnya dari 3 atau 4 signal badan yang berkata bohong maka kita boleh terima yang diuji itu sedang berbohong. Siapakah yang boleh mengawal denyutan jantung, nadi, peluh, tekanan darah pada setiap kali menjawab soalan? Tidak ada.

Tambahan pulak Malaysia adalah sebuah negara yang agama rasminya, agama Persekutuan adalah agama Islam. Selaras dengan ajaran Islam yang menentang penyangak pencuri penyamun perompak pemfitnah dan berbagai lagi musuh masyarakat dan negara, sepatutnya Malaysia adalah negara pertama didunia yang menerima pakai ujian poligraf dalam setiap urusan negara, kerana kononnya Malaysia adalah negara Islam contoh.

Penggunaan ujian poligraf membuka ruang dan peluang kearah Malaysia menjadi negara sifar jenayah. Tidak ada jenayah yang tidak boleh dibanteras. Tidak ada perlakuan jenayah yang tidak boleh diketahui.

Begitu juga dengan kes 1MDB Najib Razak, yang menimbulkan berbagai kontroversi, tetapi dibiarkan begitu sahaja seolah-olah memang disengajakan.

Sepatutnya tidak timbul sebarang kontroversi, hasutan, fitnah, jenayah dan sebagainya jika poligraf digunakan sejak dari awal. Sebelum seseorang itu melakukan sesuatu jenayah itu sudah pun diketahui dan dapat dielakkan. Apalagi jika ianyanya dapat menyelamatkan berpuluh beratus berbilion ringgit wang kerajaan.

Di negara yang menerima pakai ujian poligraf, kebanyakan kes mahkamah (apa sahaja) dapat diselesaikan dengan mudah, cepat dan diluar mahkamah (terutamanya kes rumahtangga).

Dalam politik juga begitu. Tingkahlaku ahli politik boleh dikawal dan dididik. Tidaklah dalam parlimen pun seperti binatang dalam zoo sahaja.

Para pekerja dalam berbagai bidang dan sektor boleh dididik, dibimbing, dilatih supaya jujur, amanah, bertanggungjawab dan sebagai nya.

Dengan kata lain, menggunakan poligraf dalam apa sahaja membolehkan kita mencapai sebuah masyarakat dan negara yang ‘perfect’ atau sempurna yang menjadi idaman.

Oleh yang demikian sudah sampai masanya kerajaan Malaysia menerima pakai poligraf. Paling sesuai dan terbaik dimulakan dalam bidang kehakiman, mahkamah, penguatkuasaan dan sebagainya.

Khusus bagi Dato Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, amat-amat disyorkan supaya beliau mengambil ujian poligraf samada didalam atau diluar mahkamah. Itu akan menjelaskan, membersihkan, mendedahkan dan seterusnya membawa ke muka pengadilan siapakah penyangak pencuri penyamun perompak dan pengkhianat sebenarnya.

Sebagai seorang Islam, adalah wajib untuk menerima penggunaan poligraf kerana itu disarankan dalam Quran.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases