spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Poligami boleh jatuh haram, ratus tahun didoktrin hadis palsu

- Advertisement -spot_img

Siapa Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri? Beliau dilahirkan dalam keluarga ulama di Terengganu.

                                     Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Seterusnya beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah, juga mendapat Ijazah Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum Al Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria dan Doktor Falsafah (PHD) Pengajian Ilmu Kemanusiaan bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa, Universiti Sains Malaysia.

Beliau pernah membuat kajian bertajuk Institusi Mufti dan Fatwa : Satu Analisa Terhadap Enakmen dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.

Beliau dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014 hingga 2020.

Ibarat bulan jatuh ke riba, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dibawah pemerintahan kerajaan baharu Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Perlantikan ini memeranjatkan banyak pihak dan mengundang penghormatan alim ulama kerana buat kali pertamanya dalam sejarah, seorang mufti yang tiada latar belakang politik diberi amanah dilantik dalam kabinet.

Pada 1 Februari 2022, menerusi ciapan di Twitter Dr Dzulkifli, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis, sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu.

Seorang Muslim harus berpegang pada syariat Tuhan yang sebenarnya, tanpa tokok tambah.

“Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram dan tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. (Surah al-Nisa’, 4:3),” katanya.

Sesungguhnya perancangan Tuhan amat sempurna, beliau kini lebih bebas menyuarakan ilmunya yang sebenar tanpa gangguan mana-mana pihak.

Datuk Dr Dzulkifli mempunyai kredbiliti sebagai ulama yang sebenar iaitu walau tak makan gaji dengan kerajaan, tanpa sebarang jawatan masih menjelaskan kebenaran firman Tuhan.

Intipati ciapannya, kita menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

Siapa yang cipta ‘hadis palsu ini? Siapa yang cipta perkataan Payung Emas sebagai menggalakkan orang berpoligami? Apa tujuannya? Siapa mereka ini?

Apa itu payung emas? Bagi orang Muslim dia faham tetapi bagi mualaf atau bukan Islam tidak faham.

Begini, dalam ceramah-ceramah agama sekian lama di masjid, surau dan institusi pendidikan, ilmuan Islam memetik satu hadis apabila berbicara topik poligami, hadis menyebut jika seorang isteri yang sedia ada mengizinkan suaminya menambah isteri, maka si isteri itu apabila di hari akhirat kelak akan terima payung emas.

Payung emas ini dikatakan akan dibuka dan si isteri boleh gunakan untuk melindungi dari azab-azab yang turun.

Ayat pasar, ‘awak akan mendapat payung emas’ dan ayat ‘tak apa saya akan dapat payung emas’ dilafazkan untuk menyembuhkan luka dan menyedapkan hati yang sedang terluka.

Sesungguhnya umat Islam tidak menolak firman Tuhan tetapi perbuatan alim ulama terdahulu yang menyebarkan fakta palsu yang tiada dalam Quran atau hadis adalah dosa yang amat besar.

Mereka berdusta malah berani mempersendakan kalimah Tuhan demi menghalalkan perbuatan mereka.

Dr Dzulkifli mengatakan hukum poligami, sunat, harus dan boleh jatuh haram.

Haram masa bila? Haram apabila tidak berlaku keadilan. Contohnya tidak adil dalam pembahaian masa bukan sahaja terhadap isteri tetapi anak-anak, keluarga mentua dan sebagainya. Belum cerita saiz rumah isteri pertama tak boleh seorang lebih besar dari madu dan lain-lain bentuk ketidakadilan.

Datuk Dr Dzulkifli telah membuktikan keberanian berkata-kata dengan ilmu Ya Rabb dan menentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan umat Islam terjerumus ke dalam 72 golongan yang tak menemui jalan syurga.

Dr Dzulkifli kini memberi peluang untuk kita sedar dan bertaubat atas kesilapan kita termasuk juga alim ulama yang pernah mengeluarkan hadis tersebut dalam ceramah harus segera taubat dan perbetulkan ilmu mereka.

Bayangkan berjuta wanita yang telah meninggal dunia sejak beratus tahun lalu dengan berpegang kepada kepalsuan hadis tanpa mengetahui kebenarannya.

Kita berharap kenyataan Dr Dzulkifli mendapat sokongan untuk terus memacu pembetulan hukum hakam berdasarkan kajian berfakta dari kitab-kitab berkaitan dan sejarah Islam sebenar.

Persoalannya, berapa banyak lagi hadis palsu yang berjuta umat Islam sudah berpegang tanpa tahu benar atau salah? Persoalan seterusnya siapa yang mencipta hadis ini? Apa tujuannya? Apa hukumnya menghukum orang lain berdasarkan hadis-hadis palsu ini?

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases