Mengikut buku bertajuk Analisis Kewartawanan : 1MDB Fitnah atau Fakta dengan menggunakan sumber rujukan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), pada 20 Disember 2010, ahli perniagaan yang didakwa sebagai pelaku utama penyelewengan dana 1MDB, Jho Low telah selewengkan USD30 juta dana terbabit.
Beliau telah memasukkan USD30 juta itu ke dalam akaun syarikat Alsen Account kepunyaan Eric Tan, membabitkan kerja-kerja penasihatan pembinaan dan bangunan.
Dua hari kemudian pada 22 Disember 2010, USD5 juta daripada dana berkenaan dipindahkan dari syarikat Alsen ke syarikat Totality Limited kepunyaan 1MDB OFFICER 1 sebagai bayaran membeli kapal terbang.
Pada 2009, Jho Low telah selewengkan USD700 juta duit 1MDB dan memindahkannya ke syarikat miliknya Good Star.
Pada 21 Oktober 2009, Jho Low pindahkan USD148 juta ke syarikat Sherman IOLA DC Account dan diagih-agihkan kepada penerima lain termasuklah
- USD12 juta kepada Ceasers Palace Las Vegas Casino
- USD13.4 juta kepada Las Vegas Sand Corp (Casino)
- USD11 juta kepada Eric Tan
- USD4 juta kepada Jet Logic (sewa)
- USD3.5 juta kepada adik Jho Low
- USD3.08 juta kepada Rose Trading Hong Kong Jeweler
- USD2.698 juta kepada Yatchzoo Yatch Rental Service
- USD2.228 juta kepada Argent Design Limited, UK Interior Design
- USD670,000 kepada Excel Air Jet Rental Company
-USD460,000 kepada Skyline Private Air Aircraft Rental Company - USD155,000 kepada Biliyon Air, Jet Rental Company Lain-lain perbelanjaan pada
- 3 Mac 2010 sebanyak USD35, 059,875
- 3 Mac 2010 sebanyak 15,780, 000
- 23 Jun 2010 sebanyak USD8, 599,985
- 17 Ogos 2010 sebanyak
USD2,799,985 - 31 Ogos 2010 sebanyak USD653,985
- 28 Ogos 2010 sebanyak USD8,645,985
- 28 September 2010 sebanyak 17,999,985
- 13 Oktober 2010 sebanyak
USD7,999,985.
Dalam semua penyelewengan dan transaksi kepada individu pegawai dan syarikat di atas, disepanjang tahun 2010 tersebut tidak ada satu pun yang melibatkan Najib.
Malah pegawai 1MDB OFFICER 1 pun memiliki syarikat kapal terbang sendiri dan USD5 juta wang 1MDB yang diselewengkan dimasukkan ke syarikatnya Totality Limited.
Ini membuka hipotesis bahawa Najib telah dibicarakan dan diberi keadilan secara salah.
Bukti daripada transaksi dan slip bank boleh diperolehi daripada bank terbabit.
Untuk pengesahan awal, boleh dilakukan ujian poligraf terhadap semua pihak yang terlibat bukan terhadap Najib, Jho Low sahaja tetapi juga terhadap para pegawai penyiasat, SPRM, pendakwaraya dan peguambela, hakim dan lain-lain yang berkaitan.
Juga membuka hipotesis tuduhan dan dakwaan terhadap Najib itu adalah hasutan dan fitnah. Pihak berkuasa berkenaan mestilah memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan aerta membersihkan nama Najib.
Adalah juga amat dicadangkan kepada Dato Seri Hj Mohd Najib bin Tun Abdul Razak supaya mengambil tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.
Juga pihak Suruhanjaya Diraja PDRM prihatin dan mengambil tindakan sepatutnya kepada mereka yang berkenaan.